F Isu Watak Kartun Pijak Al-Quran : Penerbit Mohon Maaf | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Watak Kartun Pijak Al-Quran : Penerbit Mohon Maaf

Penerbit rancangan kartun ‘Fireman Sam’ memohon maaf tanpa syarat berikutan satu episod rancangan itu menunjukkan watak kartun memijak helaian Al-Quran.

Menurut penonton, episod ‘Troubled Waters' itu yang ditayangkan Chanel 5 pada 28 Jun lalu, menunjukkan watak ‘Elvis’ menghina kita suci umat Islam dan ia kini dipadamkan daripada laman web stesen berkenaan.

Jurucakap Mattel yang menerbitkan rancangan itu melalui anak syarikatnya Hit Entertainment berkata: “Kami diberitahu bahawa dalam satu episod ‘Fireman Sam’ (Siri 9, Episod 7), ada imej helaian al-Quran dipijak.

“Helaian itu sepatutnya menunjukkan tulisan biasa dan kami amat kesal dengan kesilapan itu. Kami dengan terbuka memohon maaf.

“Kami tidak lagi berurusan dengan studio animasi yang melakukan kesilapan itu. Kami juga akan mengkaji semula prosedur bahan penerbitan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Mattel yang turut menghasilkan rancangan kartun ‘Thomas the Tank Engine’ dan ‘Bob the Builder’.

Jurucakap Channel 5 berkata, mereka tidak akan menyiarkan lagi episod itu.

Rancangan asal kartun itu disiarkan BBC pada 1987 sehingga pertengahan 1990-an sebelum Chanel 5 membeli hak siaran versi baru pada 2008.
Powered by Blogger.