F Isteri Suka Saya Pakai Baju Ketat - Zain Saidin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri Suka Saya Pakai Baju Ketat - Zain Saidin

Bukan sekadar dia kini rancak menjalankan perniagaan koleksi kasutnya yang diberi nama ZapatoS yang diperkenalkan sejak Ogos lalu, sempena Aidilfitri ini pelakon Zain Saidin juga muncul dengan koleksi pakaian hari rayanya iaitu Ketak by ZainSaidin.

Menurut Zain, rekaan koleksinya itu berbeza dengan pakaian raya untuk lelaki yang sedia ada di pasaran kerana jenis kain pakaiannya yang stretchable.

"Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang 'sado'.

"Tapi bagi mereka yang badan tak beraa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual," katanya yang turut memberitahu jumlah pakaian raya untuk dia, isteri dan anaknya Aishah Dhia Rana tahun ini sebanyak 110 pasang.

Sementara itu, tahun ini mereka sekeluarga menyambut hari raya di Kuala Lumpur dan Kedah

"Raya pertama kami beraya di Kuala Lumpur. Raya kedua baru balik ke kampung Che Ta, di Kedah," katanya.
Powered by Blogger.