F Isteri sokong Taufik Batisah berlakon filem | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri sokong Taufik Batisah berlakon filem

Penyanyi kelahiran Singapura iaitu Taufik Batisah, ketika ditemubual pada malam gala Filem Dukun Doktor Dani, memberitahu dia sangat teruja dan terharu apabila isterinya begitu membantu dan memahami karier terbarunya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah isteri sangat menyokong perjalanan karier saya.  Dia banyak memberikan nasihat agar tidak segan silu untuk bertanyakan sebarang perkara andainya tidak tahu.

"Selain itu,  barisan artis dan krew produksi juga tidak lokek dan banyak membantu sepanjang penggambaran, jadi saya rasa sangat selesa bila bekerja dengan mereka. Saya pun agak gementar sedikit sebab masih orang baru dalam dunia perfileman.

"Syukur, lega dan gembira apabila akhirnya saya sudah dapat melihat lakonan saya dan dapatlah saya memperbaiki beberapa kekurangan apa yang ada," ujar Taufik menarik nafas lega.

Walau bagaimanapun, Kakigosip melihat pelantun lagu Harus Begitu ini sememangnya berjaya membawa watak yang diberikan dengan baik. Mengulas lanjut, Taufik sebenarnya pernah membintangi satu telemovie di tanah airnya, Singapura.

"Syukur kepada Allah andai begitulah respon yang diberikan oleh para media, saya berharap para penonton pun begitu jugalah. Dulu pernah berlakon sekali sahaja dalam telemovie dan muzikal di Singapura, tapi sudah lama," ujarnya yang bakal membintangi filem kedua tidak lama lagi iaitu Soul Mate bersama Erra Fazira dan Raja Ilya.
Powered by Blogger.