F Isteri sangat memahami - Hafidz Roshdi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri sangat memahami - Hafidz Roshdi

Biarpun namanya kini begitu popular di kalangan peminat tegar drama-drama di televisyen, Hafidz Roshdi sentiasa merendah diri dan lebih selesa menjadi diri sendiri apabila bertemu dengan peminatnya.

Kebiasaannya apabila artis yang sudah mendirikan rumah tangga, populariti mereka akan merundum, sebaliknya pelakon Hafidz sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Diajukan soalan adakah isterinya tidak cemburu? Ini antara jawapannya;

“Isteri saya seorang yang sangat memahami kerjaya saya. Pernah satu masa kami pergi membeli-belah ada peminat yang mahu bergambar sehinggakan isteri saya turut membantu mengambilkan gambar bersama peminat.

“Memang isteri pun sudah biasa dengan situasi macam itu. Pendek kata, kami sentiasa berfikiran terbuka dan menjaga kepentingan adab pergaulan,” ujar Hafidz yang selalu menjadi tumpuan ramai terutama di kalangan peminat wanita.

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam Teater Lela Manja yang akan dipentaskan bermula 22, 23, 29 dan 30 Julai depan, Hafidz begitu teruja menceritakan pengalamannya.


“Pengalaman agak menarik sebab ini merupakan pengalaman kali pertama saya, jadi pastinya perasaan saya bercampur teruja dan gemuruh sebab, berlakon di depan kamera dengan teater semestinya tidak sama.

“Teater memerlukan saya lebih peka dan fokus dalam setiap gerak geri. Untuk itu, saya banyakkan latihan untuk tidak lupa dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa gemuruh saya itu.

Buat masa ini saya berikan sepenuh tumpuan kepada teater dulu, kemudian apabila sudah selesai saya akan kembali berlakon semula,” terang Hafidz yang memegang watak sebagai Raja Muda dalam Teater Lela Manja.

Dalam perkembangan lain, sebaik sahaja habis dengan projek Teater Lela Manja, Hafidz akan kembali berlakon semula untuk drama bersiri 13 episod, arahan JS Pictures berjudul Mr. Donut Karamel genre komedi cinta.
Powered by Blogger.