F Isey (Titan) Mengaku Rumah Tangga Ada Masalah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isey (Titan) Mengaku Rumah Tangga Ada Masalah

Pengacara dan pelawak Isey Fazlisham menjelaskan dia dan isterinya Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24, masih lagi pasangan suami isteri.

Memetik laporan mStar online, Isey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 29, mengakui rumahtangga yang dibina kira-kira setahun empat bulan kini berhadapan dengan masalah.

"Kami masih lagi suami isteri, cuma buat masa sekarang kami tinggal berasingan dan dia sekarang berada di Kelantan kerana menguruskan perniagaannya.

"Namun, saya akui memang hubungan kami ada masalah sedikit dan buat masa ini kami ingin mengambil masa untuk diri sendiri buat sementara waktu," ujarnya.

Baru-baru ini pengacara Mentor Milenia itu juga dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama seperti sebelum ini dan hanya meraikan Aidilfitri bersama keluarga tanpa kehadiran isterinya. Justeru timbul dakwaan mengatakan ikatan hubungan dia dan isterinya sudah berakhir.

Anggota kumpulan Titan ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca sebenar hubungan tersebut bermasalah.

Tambahnya, buat masa ini kedua-dua mereka dalam tempoh untuk muhasabah diri dan sedang memperbaiki hubungan tersebut.

"Kami perlu masa dan mencari kelemahan serta dalam usaha untuk memperbaiki hubungan ini. Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.

Isey dan Syuhadaa diijab kabul pada 19 Mac 2015 dalam sebuah majlis yang diadakan di Kampung Bakat, Machang, Kelantan.
Powered by Blogger.