F Ippo Hafiz Rindu Rendang Itik Air Tangan Nenek | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ippo Hafiz Rindu Rendang Itik Air Tangan Nenek

Hari Raya Aidilfitri merupakan detik yang ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama keluarga dan sanak saudara tercinta di kampung halaman.

Bagi Ippo Hafiz, dalam keseronokan berkumpul bersama sanak saudara yang berkunjung, menikmati keenakan menu rendang itik air tangan oleh arwah neneknya antara yang momen paling dirinduinya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kekal Bahagia ini, menu tesebut menjadi antara juadah yang wajib ada di rumah neneknya setiap kali lebaran. Namun kini ainya hanya tinggalkenagan kerana nenek dan datuk yang disayang sudah pergi ke Rahmahtullah.

"Dulu masa saya kecil, setiap kali tiba raya kami sekeluarga balik kampung dan momen paling best apabila atok dan nenek saya sambut ketipulangan kami. Saya rindu saat-sata beraya dengan mereka. Ayah saya berasal dari Melaka, ibu saya pula berasal dari Utara.

"Satu lagi yang istimewa ialah menu rendang itik masakan nenek sebelah ayah saya. Kalau balik kampung di sebelah Utara, itu antara menu yang wajib ada selain ketupat pulut dan roti canai.

"Tapi semua momen tu sekrang hanya tinggal kenangan," katanya kepada Malaysian Digest.

Kali pertama beraya sebagai anak seni, Ippo berkata, tidak ada banyak perbezaan berbanding raya sebelum ini. Cuma sejak sudah secara rasmi menjadi penyanyi, dia sering menerima usikan daripad saudara-mara yang memintanya menyanyikan lagu untuk mereka.

Sementara, dari segi keperluan untuk dirinya sendiri, tahun ini dia tidak membeli baju raya memandangkan baju tahun lepas masih elok.

"Saya tak beli baju raya tahun ni pun sebab tahun lepas saya beli 10 pasang dan ada yang masih belum dipakai.

"Saya sambut raya secara sederhana saja dan tak banyak pn berbeza sebelum dan selepas jadi artis. Tapi sekarang, makcik dan pakcik saya suka mengusik saya, mereka suruh saya menyanyi di depan mereka," katanya yang akan pulang berhari raya di Melaka tahun ini.

Powered by Blogger.