F Idea di luar kotak: Madaew cipta fenomena | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Idea di luar kotak: Madaew cipta fenomena

DEFINISI  ‘high fashion’ bukan hanya boleh dilihat pada pakaian berjenama. Buktinya, remaja dari Thailand ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk menjadikan gayanya viral di laman sosial.

Baru berusia 17 tahun, remaja lelaki bernama Madaew dan berasal dari daerah Khon Kaen nyata punya kreativiti di luar kotak pemikiran manusia biasa.

Dengan hanya menggunakan kamera telefon, remaja yang menggunakan nama madaew99 di laman Instagram ini berjaya membawa tafsiran tersendiri dalam gaya fesyen sejak dua tahun lalu.

Bahan-bahan yang digunakan untuk mempersembahkan ideanya adalah bahan-bahan biasa yang ditemui di rumah, seperti kain sarung, raga rotan, penyangkut baju, periuk belanga, selipar dan zink.

Daya kreativiti luar biasanya turut dicurahkan melalui penggayaan fesyen berasaskan elemen alam semula jadi dan tumbuhan seperti ranting kayu, rumput kering serta bunga.

‘Kegilaan’ dan idea luar biasa Madaew dalam fesyen boleh dilihat melalui laman Instagram miliknya yang kini mempunyai hampir 40,000 pengikut.
Powered by Blogger.