F Ibu Amyra senang dengan sikap Amar Baharin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ibu Amyra senang dengan sikap Amar Baharin

Sebaik sahaja pengumuman untuk berkahwin antara pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli dibuat secara serentak di hadapan para media pada 16 Julai lalu, sebagai ibu dan bapa pastinya merasa senang hati.

Syukur dan gembira itulah yang terpancar pada wajah seorang ibu kepada pelakon Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Noor yang juga merupakan pengurus kedua-dua pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Kak Noor menjelaskan, selepas setahun menguruskan kerjaya seni Amar, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki itu akhirnya bakal menjadi sebahagian dalam hidup keluarganya.

Mengulas lanjut, Kak Noor juga memuji Amar seorang yang sangat komited dengan kerjaya seninya, bukan itu sahaja bahkan seorang anak muda yang menyenangkan hati.

Walau bagaimanapun, perasaan yang bercampur itu, Kak Noor juga akui berat untuk melepaskan Amyra. Ini kerana Amyra merupakan anak pertama bakal mendirikan rumah tangga.
Powered by Blogger.