F Hetty Sarlene Selamat Bernikah Dengan Daniel Oakes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hetty Sarlene Selamat Bernikah Dengan Daniel Oakes

Pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan beberapa jejaka namun terputus di tengah jalan sehingga membuatkan pelakon drama bersiri popular Sembilu Kasih, Hetty Sarlene, kecewa.

Bagaimanapun, kehadiran jejaka dari London, Daniel Oakes atau Dani Aaqil sejak dua tahun lalu mengubah segalanya.

Pasangan berusia 32 tahun ini mendapati ada keserasian antara mereka dan akhirnya nekad menyimpulkan hubungan ke jenjang pelamin.

Tarikh 23 Julai menjadi hari bersejarah buat Hetty apabila sah bergelar isteri kepada Dani tepat jam 12.55 tengah hari di sebuah lokasi pilihan di Singapura.
Powered by Blogger.