F Haziq (Hot.fm) Selamat Bernikah Dengan Ayunda Putri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Haziq (Hot.fm) Selamat Bernikah Dengan Ayunda Putri

Penyampai radio Hot FM, Haziq, sah bergelar suami kepada Ayunda Putri, 26, dengan sekali lafaz kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat.

Acara akad nikah diadakan di kediaman keluarga di Puncak Setiawangsa dengan dihadiri 250 orang tetamu.

Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM208, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran.

Sementara pihak pengantin perempuan membalas tujuh dulang hantaran. Penyampai radio itu turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM12,112 kepada Ayunda.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di sekitar ibu kota pada esok, jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada sebarang majlis yang akan dilakukan di sebelah pihak perempuan.

Terdahulu, Haziq mengikat tali pertunangan dengan Ayunda, yang berasal dari Medan, Indonesia itu pada 18 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Haziq kini bergandingan dengan Ajak Shiro dan Fizie mengendalikan slot pagi Hot FM dari jam 6 sehingga 10 pagi pada, setiap Isnin hingga Jumaat.
Powered by Blogger.