F Hanya Usik-Usik, Belum Ada Yang Melamar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hanya Usik-Usik, Belum Ada Yang Melamar

Sejak bercerai dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin kira-kira tiga tahun lalu, aktres Sari Yanti memberitahu sehingga kini dia belum menerima lamaran mana-mana lelaki.

Malah wanita berusia 32 tahun ini juga menyangkal dakwaan kononnya sejak kebelakangan ini dia didekati beberapa selebriti lelaki.

Menurut pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari ini, dia tidak pernah didekati seperti didakwa namun mengakui ada menerima gurauan daripada teman artis lelaki yang rapat dengannya.

"Didekati dengan tujuan tertentu tidak ada dan setakat ini tiada pula ada yang mencuba sampai melamar untuk berkahwin.

"Tetapi usik-usik itu adalah dan saya tidak anggap ia serius pun kerana ia hanya gurauan.

"Saya pun kadang-kadang balas juga gurauan mereka itu kerana kami saling mengenali dan tidak mahu dituduh sebagai sombong pula sampai tidak boleh bergurau," katanya seperti yang dilaporkan mStar online

Dalam pada itu, Sari berkata, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin semula namun masih belum berjumpa pasangan sesuai.

Bagaimanapun dia tidak tertekan dengan soal tersebut kerana fokusnya adalah kepada dua cahaya matanya iaitu Barr Al Aly, 6, dan Basit Al Haq, 4 tahun.

"Saya dah pernah melalui alam perkahwinan dan mempunyai dua orang anak, jadi soal kahwin semula tidak terlalu menjadi fokus saya.

"Tetapi tidak sampai saya menutup hati untuk kahwin lain cuma belum bertemu dengan yang berkenan di hati," ujarnya.

Perkembangan lain, Sari bakal sibuk dengan pementasan Teater Lela Manja bakal dipentaskan bermula 22 sehingga 31 Julai ini pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Powered by Blogger.