F Hanya Perselisihan Faham - Dira Abu Zahar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hanya Perselisihan Faham - Dira Abu Zahar

Pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar menjelaskan perselisihan faham dalam rumah tangganya sebagai pergaduhan yang biasa dilalui pasangan suami isteri.

Memetik laporan BH online, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 32, berkata kisah peribadi tidak perlu digembar gemburkan atau dikecohkan kepada khalayak terutama apabila membabitkan hal perkahwinan.

Bekas pengacara program Melodi itu sebelum ini mengunci mulut daripada menjawab gosip perpisahan dengan pengarah fotografi, Helmi Yusof yang dibina lima tahun lalu sudah berakhir.

"Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,"

Terdahulu, sebuah portal hiburan tempatan menerusi ruangan gosip mendakwa Dira dan suaminya, Helmi Yusof sudah bercerai pada awal Ramadan lalu.

Dira juga dikatakan mengalami tekanan hingga dikejarkan ke hospital dan ditahan selama seminggu disebabkan kemurungan yang dialaminya.

Menerusi artikel sama, kemelut rumah tangga mereka dikatakan berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental yang membangkitkan beberapa isu dan akhirnya menjurus kepada perceraian.

Sementara laporan Harian Metro pada 13 Julai lalu menyebut, Helmi enggan mengulas lanjut dakwaan mengatakan dia dan Dira sudah bercerai.

Dira dan Helmi yang juga merupakan seorang pengarah fotografi, mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 di Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long, Melaka namun belum dikurniakan cahaya mata.
Powered by Blogger.