Berita Terkini
recent

Hanya Kawan Baik Bukan Kekasih Ruhainies - Azrel Ismail

Pelakon baharu, Azrel Ismail, terkejut apabila namanya terpalit kontroversi video babak mesra Ruhainies dengan suami Adira, apabila ada yang beranggapan beliau adalah kekasih aktres terbabit.

Memetik laporan BH online, Azrel berkata, mereka hanya rakan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3.

Beliau berkata, tanggapan berkenaan tercetus mungkin kerana kenyataannya yang seakan melindungi Ruhainies, yang berdepan isu intim dengan Datuk Seri Adnan Abu.

"Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang. Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.