F Hafidz Roshdi Mahu Elak Babak Bersentuhan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi Mahu Elak Babak Bersentuhan

Sejak memikul status sebagai suami, pelakon Hafidz Roshdi memberitahun dia ingin mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan dalam drama selepas ini.

"Kalau boleh saya ingin mengelak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama. Bukan setakat untuk menjaga hati isteri semata-mata, tetapi untuk menjadi umat Islam yang lebih baik di sisi Allah.

"Saya juga percaya pengarah sekarang lebih kreatif dan bijak untuk menonjolkan babak suami isteri tanpa perlu bersentuhan pun,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April lalu.

Baru saja membina nama, Hafidz sudah pun dilanda pelbagai kontroversi yang turut menjejaskan nama baiknya.

Selepas kontroversi membabitkan gandingannya dalam drama Tundukkan Playboy Itu iaitu Uqasha Senrose, wajah isterinya pula mendapat komen negatif dan penghinaan dari pengikut di laman sosial.

Namun, Hafidz menganggap setiap kontroversi yang melanda adalah sebahagian daripada asam garam dalam bidang hiburan tanah air.

“Saya dan isteri melihat setiap komen negatif sebagai kekuatan untuk kami terus teguh bersama ketika suka dan duka.

“Saya percaya isteri kuat untuk melalui semua ujian itu. Pada masa sama, saya juga tidak serik untuk bergandingan dengan Uqasha dalam drama selepas ini,” katanya.
Powered by Blogger.