F Fitri Bidas Dakwaan Sombong, Mula Lupa Diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fitri Bidas Dakwaan Sombong, Mula Lupa Diri

Semakin mencuri tumpuan khalayak dan penggiat seni tempatan selepas menjuarai program Dangdut Star pada Jun lalu namun baru-baru ini nama pendatang baharu, Fitri Hiswady terpalit dengan kontroversi.

Baru hendak mencipta nama, anak kelahiran Taiping, Perak ini didakwa sudah mula lupa diri an bersikap

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Fitri berkata dia sudah menjangka perkara tersebut.

“Terus terang, perkara ini sudah saya jangka akan berlaku sebelum memenangi pertandingan Dangdut Star lagi.

“Mungkin ada yang cemburu dan cuba menjatuhkan karier seni saya yang baru hendak bermula,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tegas Fitri lagi, dia sedar siapa dirinya dan tidak akan sesekali melakukan perkara yang boleh menjatuhkan kariernya.
Apatah lagi bukan mudah untuknya berada di kedudukan sekarang, macam-macam dugaan serta onak duri terpaksa ditempuh.

“Mungkin inilah ujian awal yang perlu saya lalui untuk bergelar artis. Sepanjang menyertai pertandingan nyanyian, saya layan peminat selagi terdaya. Tiada istilah sombong atau lupa diri kerana saya terhutang budi dengan mereka. Tanpa sokongan mereka, siapalah saya.

“Setakat ini, saya belum pernah mengecewakan mana-mana individu yang mahu bergambar atau berkawan,” katanya.
Powered by Blogger.