F Faye Kusairi Terkenang Kemeriahan Buat Rumah Terbuka Selama 10 Hari | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Faye Kusairi Terkenang Kemeriahan Buat Rumah Terbuka Selama 10 Hari

Pelakon Faye Kusairi teringat kenangan pertama kali beraya sebagai artis tahun lalu apabila dia mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri selama 10 hari berturut-turut.

Menurut pelakon drama Istikharah Cinta ini, walaupun penat dan letih namun dia seronok kerana dia dapat bertemu dengan ramai sanak-saudara yang berkunjung ke rumahnya.

"Tahun lalu, saya buat rumah terbuka selama 10 hari kerana ramai sangat saudara yang mahu berkunjung ke umah ibu bapa saya.

"Walaupun ada saudara mara yang saya tidak berapa kenal kerana jarang berjumpa tapi sesekali dapat berkumpul, seronok dan meriah rasanya,"katanya ketika diajak berkongsi memori tentang sambutan raya.

Bagaimanapun tahun ini dia belum lagi merancang mahu mengadakan rumah terbuka kerana pada hari raya ke lima dia akan berangkat ke Mekah bagi menjalani penggambaran daram dan telemovie.

"Tahun ini saya tak pasti lagi sempat buat atau tidak sempat raya ke lima saya akan ke Mekah untuk jalani penggambaran dan akan pulan ke Malaysia pada penghujung Julai nanti," katanya.

Dalam pada itu, kata Faye, sudah empat tahun dia tidak pulang beraya di kampungnya di Kuching, Sarawak memandangkan dek kekangan masa dan tidak bekesempatan bercuti lama. Lagipun, ramai dikalangan sanak-saudaranya sudah menetap di Semenanjung.

"Keluarga sebelah ayah yang tinggal di Sarawak, ibu saya orang sini. Tapi ramai makcik dan pakcik saya sudah menetap di sini, jadi kalau setiap kali raya, kami beraya di sini.

"Sudah empat tahun kami tidak balik beraya di Sarawak lagipun kalau sekali balik kalau boleh nak lah bercuti lama sikit di sana, saya pula jarang dapat cuti lama-lama," tuturnya.
Powered by Blogger.