F Faizal Tahir ungguli pencalonan APM 2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Faizal Tahir ungguli pencalonan APM 2016

PENYANYI berbakat besar, Faizal Tahir mengungguli senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) dengan jumlah tujuh pencalonan, termasuk tiga pencalonan melibatkan kolaborasinya bersama Elizabeth Tan, Aziz Harun dan Harris Baba.

Manakala penyanyi terkenal Singapura yang juga sudah beberapa kali memenangi anugerah APM, Taufik Batisah dan bintang yang sedang meningkat naik, Sufi Rashid tercalon untuk enam kategori. Bintang kesayangan ramai pula, Ayda Jebat, dicalonkan untuk lima kategori.

Secara keseluruhannya, sebanyak 109 tercalon dalam 19 kategori menerusi anugerah berprestij yang sudah memasuki 15 tahun penganjurannya.

APM 2016 akan diadakan pada 30 September ini di The Theatre @ Mediacorp, 1 Stars Avenue, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-80 Radio Mediacorp.

Majlis anugerah yang bertujuan mengiktiraf bakat dan pencapaian industri muzik Melayu di rantau ini bakal memaparkan kolaborasi barisan artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Ketua Penyiaran Melayu Media Corp, Zakiah Halim berkata, tahun ini juga menyaksikan persaingan antara penyanyi lama dan baharu, termasuk beberapa yang layak bergelar lagenda seperti Datuk Sheila Majid, Glenn Fredly, Once Mekel (Dewa19), Armand Maulana (Gigi) dan Iwan Fals.

"Jika tahun lalu, kita meraikan ulang tahun ke-50 Singapura, tahun ini pula kita meraikan sambutan ulang tahun ke-80 Radio Mediacorp.

"Pencalonan tahun ini juga amat menarik kerana kita dapat melihat pencalonan orang lama dan baharu.

"Sebanyak 420 penyertaan yang diterima dari 1 Julai 2015 hingga 31 Mac 2016," katanya.

Di tanya mengapakah memilih untuk terus mengadakan APM di Singapura, Zakiah berkata, faktor kekangan bajet menjadi antara faktor utama punca APM tidak dianjurkan di Malaysia atau Indonesia.

"Kita pernah menganjurkan APM di luar Singapura, iaitu dua kali di Kuala Lumpur dan sekali di Jakarta.

"Namun faktor bajet membuatkan kita terpaksa meneruskan penganjuran di Singapura. Selain itu sudah ditahun berturut kami meraikan ulang tahun penting menyebabkan ia lebih menarik jika di buat di Singapura.

"Bagaimanapun saya tidak menolak untuk mengadakan APM di Indonesia atau Malaysia pada masa akan datang," katanya.

Keseluruhannya, sebanyak 19 anugerah akan disampaikan dalam APM 2016:

 KATEGORI TERBAIK

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
4. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
5. Artis Terbaik (Lelaki)
6. Artis Terbaik (Wanita)
7. Kumpulan Terbaik
8. Band Terbaik
9. Lagu Terbaik (Singapura)
10. Lagu Terbaik (Malaysia)
11. Lagu Terbaik (Indonesia)
12. Lagu Terbaik APM

KATEGORI POPULAR
13. Artis Paling Popular (Singapura)
14. Lagu Paling Popular (Singapura)
15. Artis Paling Popular APM
16. Lagu Paling Popular APM
17. Ikon Media Sosial

KATEGORI KHAS
18. Anugerah Khas Planet Muzik
19. Anugerah Rentas Planet
Powered by Blogger.