F Faizal Tahir fokus bantu kanak-kanak kurang bernasib baik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Faizal Tahir fokus bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

Komposer dan penyanyi Faizal Tahir akhirnya berjaya menubuhkan satu badan kebajikan iaitu Iamfaithmen Movement. Penubuhan itu bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ayah kepada enam cahaya mata ini berkata, kesedaran itu berlaku apabila melihat bapanya yang sentiasa aktif dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, walaupun usia bapanya kini sudah menjengah 67 tahun.

“Ayah saya memang sudah lama aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aqsa Syarif kini dikenali sebagai MyCare. Walaupun sudah berusia ayah saya masih lagi meneruskan dengan aktiviti seumpama itu, hampir ke merata tempat di dunia dia sudah sampai, antaranya Gaza dan Syria untuk membantu orang yang dalam kesusahan.

“Jadi saya terpanggil untuk turut serta bagi menolong mereka yang lebih memerlukan bantuan kita. Kalau ayah saya yang sudah berumur masih lagi aktif, kenapa tidak saya? Apa yang sudah saya lakukan? Oleh itu saya akui ayah banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk buat perkara ini,” jelasnya Faizal yang sedar akan tanggungjawabnya.

Seterusnya, Faizal juga bercadang untuk ke negeri di bawah bayu, Sabah dan termasuklah ke Sarawak untuk membantu lebih ramai kanak-kanak di sana.

“Saya mahu mereka hidup berdikari dengan pendidikan dan jaga diri sendiri untuk masa depan mereka, dan kami masih fikir lagi beberapa rancangan yang terbaik. Sementara itu juga, kami akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain untuk fokus kepada bencana alam, gelandangan dan pendidikan,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis rumah terbuka raya Red Box The Gardens.

Dalam perkembangan lain, Faizal baru sahaja habis merakamkan single duet terbaru bersama Dato Siti Nurhaliza berjudul Dirgahayu dan akan dikeluarkan pada bulan depan.
Powered by Blogger.