F Faizal Tahir, Ayda Jebat Dominasi Pencalonan APM2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Faizal Tahir, Ayda Jebat Dominasi Pencalonan APM2016

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, mendominasi senarai calon akhir Anugerah Planet Muzik 2016 apabila menerima tujuh pencalonan dalam lima kategori.

Pelantun lagu Assalamualaikum itu dicalonkan dalam kategori Duo/Kumpulan Terbaik, Kolaborasi Terbaik (lagu Beautiful, Katakan), Artis Terbaik Lelaki, Lagu Terbaik Malaysia (Sayang, Setia) dan Lagu Paling Popular APM.

Turut cemerlang ialah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, yang menerima lima pencalonan pada anugerah terbabit. Beliau yang kini popular dengan lagu Pencuri Hati, dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Terbaik, Kolaborasi Terbaik, Ikon Media Sosial, Lagu Popular APM dan Artis Paling Popular APM.

Dua artis Singapura, Sufi Rashid dan Taufik Batisah juga menunjukkan taring masing-masing apabila menerima enam pencalonan pada acara itu. Kedua-duanya berentap dalam kategori sama, termasuk Lagu Terbaik, Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular Singapura dan Artis Paling Popular APM.

Penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvathi dan Raisa juga enggan mengalah apabila dicalonkan dalam empat kategori. Aliff Aziz, Afgan, Cakra Khan, Elizabeth Tan, Aisyah Aziz, Syamel dan Tulus, masing masing berentap dalam tiga kategori.

Artis Malaysia lain yang turut menerima pencalonan kali ini ialah Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Nor Fazura, Edry Abdul Halim, Hazama, Hujan, Indah Ruhaila, Janna Nick, Nanasheme, Noh Salleh, Stacy dan Projecter Band.

APM 2016 akan berlangsung pada 30 September depan di 1 Stars Avenue, Singapura.
Powered by Blogger.