F Fadzil & Yana bakal dedah nama anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fadzil & Yana bakal dedah nama anak

Selepas selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 21 Julai lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Subang Jaya, pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari memberitahu mereka bakal mengumumkan nama anak mereka tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Fadzil berkata, nama anak akan diberitahu kelak selepas proses pendaftaran nama selesai dibuat.

"Alhamdulillah proses bersalin berjalan dengan lancar dan keadaan isteri sekarang dalam keadaan baik dan sedang berpantang. Saya sendiri yang akan jaga Yana ketika dia berpantang ini.

"Pada masa yang sama, urusan kerja buat masa ini saya juga yang akan bantu. Sementara itu, ada juga kakitangan kami yang sudah berpengalaman dan boleh dipercayai turut meringankan urusan kerja.

"Tentang nama anak pula, biarlah diberitahu selepas segala proses pendaftaran nama selesai. Dalam masa yang sama juga kami sudah ada senarai nama anak. Bagi pemilihan nama anak, kami masing-masing berbincang, sebab mahukan yang terbaik," ujarnya yang turut diberi nasihat oleh kedua ibu dan bapa mereka mengenai nama anak.

Berkongsi mengenai itu, urusan doa selamat dan cukur jambul anak masih lagi dalam perancangan.

"Kami ada juga berbincang dan masih lagi dalam perancangan, kalau boleh mahu selepas isteri sudah habis berpantang," katanya.

Kakigosip mengucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana sudah bergelar ibu dan bapa.

Untuk rekod, Yana dan Fadzil selamat berkahwin pada 13 Februari tahun lalu.
Powered by Blogger.