F Elak kena sembur arak lagi: Netizen puji Keon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elak kena sembur arak lagi: Netizen puji Keon

MENGULANGI prinsip yang lalu, juara kali kedua perlumbaan motosikal dunia Moto3 Grand Prix (GP), Khairul Idham Pawi sekali lagi mengelak semburan arak ketika menjulang piala di Jerman.

Memetik rakaman sebuah video, Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Keon dilihat segera meninggalkan podium apabila tiba upacara wajib setiap kali pemenang diraikan di atas podium iaitu acara semburan arak.

Keon dilihat lebih berjaga-jaga untuk melarikan diri sebaik sahaja usai nyanyian lagu Negaraku dimainkan.

Selepas tamat upacara nyanyian lagu, dia kelihatan segera melompat dari atas podium dan dilihat cuba berlari ke belakang pentas bagi mengelak terkena semburan arak.

Langkah Keon itu, rata-rata mendapat pujian netizen yang mengatakan Keon tidak lupa akan prinsip Islam yang dibawanya.

"Syabas anak muda, langkah awak itu menjadi contoh kepada anak muda lain," demikian ujar Kamal.

Sementera menurut Intan pula, Keon dilihat sentiasa menjaga maruah diri sebagai seorang Islam.

"Alhamdulillah, kalau patuh perintah ALLAH, ALLAH akan jaga kamu‎," tulisnya di laman sosial.

Sementara Syaiful pula menzahirkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan Keon atau nama panggilannya yang lain KIP.

"Alhamdulillah, Islam sentiasa dipelihara olehmu anak muda," katanya.

Khairul, 17, berjaya menjuarai perlumbaan motosikal GP Jerman kelamrin selepas menewaskan pelumba Andrea Locatelli daripada pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Khairul mengambil masa 47 minit 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke-20 perlumbaan.

Pada April lalu, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu menjuarai perlumbaan MotoGP Argentina.

Pada waktu itu netizen di Malaysia memuji sikapnya yang melarikan diri daripada semburan arak juga.
Powered by Blogger.