F Dr Mahathir: Parti baharu mungkin ditangguh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dr Mahathir: Parti baharu mungkin ditangguh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam proses bagi menyelaraskan penubuhan parti baru yang diumumkan sebelum ini.

Namun begitu, Mahathir berkata, pihaknya menyedari bahawa pendaftaran parti baru tersebut berkemungkinan akan ditangguhkan bagi tempoh sebulan atau setahun.

"Kami tetap akan menubuhkan parti baru itu dan membuat kenyataan rasmi mengenai objektif parti ini.

"Kami akan tubuhkan parti ini secepat mungkin dan berharap agar ia akan turut menyertai pakatan ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Ketika ditanya pemberita adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal membuat pilihan raya tergempar, beliau memaklumkan bahawa tindakan itu seharusnya mendapat persetujuan daripada Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu.

Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa sekiranya Najib mengambil tindakan sedemikian, mereka tidak akan mempunyai pilihan lain dan akan turut sama bertanding.

"Kita sudah merasa sangat malu dengan situasi yang berlaku di negara ini dan disebabkan itu, rakyat mesti bersatu untuk menolak Najib Razak," katanya.

Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarika (DOJ) mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada US$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu dalam salah laku pecah amanah.
Powered by Blogger.