F Doktor sahkan sudah bertunang dengan Lufya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Doktor sahkan sudah bertunang dengan Lufya

Terdahulu Kakigosip ada menerima kiriman sekeping gambar daripada seorang peminat pelakon dan penyanyi, Lufyah bersama seorang doktor lelaki pakar bedah yang didakwa itu adalah tunangnya.

Berdasarkan gambar bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Lufyah atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar bersama jejaka itu juga difahakam mereka sedang menikmati minum petang mereka di sebuah kafe di Kuala Lumpur.

Bagi mendapatkan pengesahan Kakigosip telah menghubungi sendiri lelaki tersebut, Che Muhammad Hafiz bin Che Baharum yang didakwa merupakan tunang kepada Lufya AF6.

“Kami telah berkenalan hampir setahun dan tahun kedua 2016 ini pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan bertempat di kediaman rumah Lufya sendiri di Damansara.

“Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Berkongsi mengenai cerita pertunangan mereka itu, ditanya apakah yang membuatkan Hafiz begitu tertarik dengan Lufya ini jawapannya;

“Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

“Soal kerjaya saya pun Lufya juga sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya,” tambah Hafiz.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini dan jodoh kekal buat selama-lamanya. Bertunang itukan merupakan satu perkara yang tidak perlu diperhebohkan, jadi janganlah peminat atau sesiapapun cepat melatah ya.
Powered by Blogger.