F Ditahan Polis Selepas Sentuh Wajah Justin Timberlake | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ditahan Polis Selepas Sentuh Wajah Justin Timberlake

Minggu lalu, seorang lelaki ditahan polis apabila cuba menyentuh wajah penyanyi lagu Mirrors, Justin Timberlake dalam sebuah pertandingan golf.

Seperti dipetik TMZ, kejadian itu berlaku ketika dia dikerumuni orang ramai yang mahu bersalaman dengannya.

Justin yang sedar kejadian itu bertindak balas dengan bertanya kepada lelaki berkenaan tentang tujuannya.

"Kenapa kamu sentuh wajah saya?" ujarnya dengan nada yang agak kasar.

Kemudian, dua anggota polis yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan situasi dan menahan lelaki itu untuk siasatan.

Lelaki itu didapati berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif.

Powered by Blogger.