F Diana selesa bersalin dalam air | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diana selesa bersalin dalam air

Pelakon jelita iaitu Diana Danielle memberitahu bahawa bersalin melalui kaedah di dalam air adalah tidak mendatangkan risiko apapun, ini kerana Diana sendiri menggunakan kaedah tersebut. Jadi tidak ada sebab mengapa perlunya kaedah sebgitu dihalang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, doktor juga akan memastikan si ibu tersebut mampu untuk melalui kaedah berkenaan, sebelum proses itu dijalankan. Tambah Diana, semasa proses itu dijalankan, dia juga dijaga rapi oleh doktor berpengalaman.

Terdahulu, KKM telah menetapkan beberapa garis panduan bagi pihak hospital Malaysia yang ingin menawarkan perkhidmatan untuk ibu bersalin di dalam air.

Antara syarat utama yang dikenakan, hanya ibu yang tidak mempunyai sebarang komplikasi dibenarkan menggunakan kaedah berkenaan.

Powered by Blogger.