F Diana Amir hamil anak kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diana Amir hamil anak kedua

PELAKON cantik, Diana Amir mengesahkan dirinya hamil anak kedua melalui perkongsian klip video imbasan ultra bunyi di laman Instagramnya, hari ini.

“Alhamdulillah hanya ALLAH tahu betapa bersyukurnya saya melihat bayi dalam kandungan saya yang berusia empat bulan.

“Insya-ALLAH doakan semuanya berjalan lancar dan bayi saya akan dilahirkan dengan mudah, sihat dan baik-baik sahaja. Amin,” tulisnya.

Anak pertama Diana, Khaulah Al Azwar yang lahir pada 8 Mac tahun lalu kini telah pun berusia setahun empat bulan.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkahwin dengan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober 2013 lalu.
Powered by Blogger.