F "Dia Paling Istimewa Dalam Hidup Saya" - Amar Baharin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Dia Paling Istimewa Dalam Hidup Saya" - Amar Baharin

Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita sebelum ini namun pelakon Amar Baharin berkata dia yakin Amyra Rosli adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidupnya selepas setahun menjalani proses berkenalan dan mengenali hati budi aktres itu.

Menurut Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, selama mengenali Amyra, keikhlasan dan perilaku pelakon Seindah Takdir Cinta itu telah memikat hatinya.

"Alhamdulillah, semua ini sudah tertulis dan ditentukan Allah yang jodoh saya bersama Amyra. Mungkin sebelum ini saya pernah rapat dengan beberapa wanita lain tapi Allah lebih dekatkan dia dengan saya.

"Saya tidak pernah ada ciri-ciri wanita pilihan tapi selama berkenalan, keikhlasan dan perilaku Amyra telah membuatkan saya merasakan yang dia pilihan saya yang tepat.
"Cinta Kami sangat kuat. Dia paling istimewa dalam hidup saya," kata Amar pada sidang media pengumuman tarikh pernikahan mereka bertempat di Sunway Montana, Club House, Desa Melawati, pada Isnin.

Amar dan Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli, 25, sepakat memilih tarikh 11 November 2016 untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Pasangan ini bakal mengingat tali pertunangan pada 22 Julai ini. Tambah istimewa tarikh tersebut juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa Amyra.

Dalam pada itu Amar menjelaskan tindakannya tidak berterus-terang dan kunci mulut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu terlalu menjaja kisah peribadi dan bimbang jika hubungan mereka tidak berpanjangan.

"Saya tidak mahu berkongsi cerita tentang cinta kerana selagi ianya belum betul-betul pasti, saya tidak suka menjaja cerita kerana bimbang jika hubungan itu tidak berpanjangan.

"Saya ambil keputusan untuk berkongsi berita gembira ini selepas tarikh perkahwinan sudah ditetapkan," katanya

Belum lagi memutuskan lokasi majlis resepsi bagaimanapun Amar merancang untuk meraikan majlis itu nanti bersama peminatnya.

"Buat masa ini kami belum putuskan lagi lokasi untuk majlis resepsi. Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 12 November manakala majlis di sebelah pihak saya pula pada 19 November. Untuk majlis di sebelah saya, saya merancang untuk meraikannya bersama peminat," katanya.

Amar dan Amyra pernah digandingkan dalam beberapa drama TV antaranya, Suamiku Encik Sotong, Kristal Maya, Kalimah Jiwa dan Cik Bunga Encik Sombong.
Powered by Blogger.