F Dia Band bakal hit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dia Band bakal hit

KUMPULAN Dia Band mungkin masih baharu di kalangan penggemar industri muzik tempatan. Kumpulan yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu ini berasal daripada Johor Darul Takzim. Dianggotai Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Yazid (vokal) dan Didin (bassist), apa yang menarik, Yazid adalah bekas finalis pr0gram Akademi Fantasia musim ketujuh, seangkatan dengan Hafiz Suip dan Akim Ahmad.

Pada mulanya, kumpulan tersebut dikenali Eizi Band, namun, ketuanya Fauzi mengambil keputusan untuk menukar nama kepada Dia Band supaya kumpulan tersebut tampak komersial dan lebih dikenali masyarakat.

Genre Indo-pop adalah aliran muzik yang diikuti kumpulan tersebut dalam usaha mengembangkan muzik mereka di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Dia Band tidak akan lupa untuk memasukkan unsur muzik Melayu moden yang begitu dekat dengan pendengar tempatan.

Mempertaruhkan lagu Mungkin, Dia Band antara kumpulan yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal Edry Abdul Halim.

Lagu ini merupakan ciptaan dan diterbitkan sepenuhnya Edry Abdul Halim.

Dengan lirik lagu ini yang dilihat berkisar kepada kekecewaan pasangan putus cinta. Luahan perasaan terkilan kepada sang kekasih yang menjadi punca kepada terputusnya hubungan mereka.

Itulah inti pati lagu ini.

Irama muzik lagu tersebut mudah diingati dan sedap didengar. Lagu ini mampu menerajui carta muzik serta memikat hati peminat, memandangkan majoriti rakyat Malaysia meminati lagu balada serta ‘tangkap leleh’.

Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.

Dalam pada itu, kurang sebulan berada di laman Youtube KRU Music, Mungkin sudah mencapai lebih 31,000 tontonan untuk lagu ini sejak 20 Jun lalu.

‘Mungkin’ boleh dimuat turun di iTunes, Spotify dan pelbagai platform muzik digital lain.
Powered by Blogger.