F Dayana Roza Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Ahli Perniagaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dayana Roza Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Ahli Perniagaan

Dayana Roza sebelum ini pernah dikaitkan dengan ahli sukan, Muslim Ahmad tetapi hubungan cinta itu tidak kesampaian.

Terbaru, pelakon dikenali melalui Asam Pedas Untuk Dia itu dikaitkan pula dengan ahli perniagaan.

Bagaimanapun, Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 25, mengunci mulut. Baginya, selagi belum berkahwin, status solo masih menjadi milik penuh.

Katanya, dia susah hendak sayang orang lain tetapi kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.

"Biarpun kedengaran klise, itulah kenyataannya. Masa sama, saya tidak boleh kata tidak kepada perkahwinan sebab sesiapa saja boleh menjadi jodoh saya.

"Masalahnya sampai sekarang tiada siapa pun yang mahu menyarung cincin di jari manis ini," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Dalam pada itu, Dayana berkata ibu bapa tidak pernah membebankannya dengan soalan berkaitan perkahwinan.

"Keluarga saya tidak pernah memaksa, terutama ibu saya yang sentiasa ‘cool’. Mereka ‘okey’ saja dan banyak menasihatkan saya untuk fokus saja pada kerjaya seni.

"Sebenarnya saya malas nak komen atau perbesarkan lagi soal cinta. Sesiapa saja jodoh saya, saya terima!” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Lara Aisyah.
Powered by Blogger.