F David Teo Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Tan Sri P. Ramlee | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

David Teo Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Tan Sri P. Ramlee

"Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee tiada galang ganti sebagai seorang insan seni yang 'multi talented'. Saya sebagai Penerbit sangat mengkagumi karya-karya beliau yg 'tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas'.

""Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.

Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media. Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.

"Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.*

"Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang", demikian kata penerbit terkenal David Teo, menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, dalam sebuah portal menyiarkan kenyataan David yang berpesan kepada artis supaya mementingkan sumber kewangan berbanding populariti di dalam bidang seni.

Dalam berita yang disiarkan itu turut memperlihatkan yang dia membandingkan kehidupan P. Ramlee yang susah ketika di penghujung usia.
Powered by Blogger.