F Dahlia Hlive & suami berkenalan di instagram | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dahlia Hlive & suami berkenalan di instagram


Masih belum terlambat bagi Kakigosip untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pengacara program HLive, Dahlia Syazwan,28, yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya, Shafiq Ismet, 26, pada 23 Julai lalu di Glasshouse, Seputeh.

Pasangan yang menyulam jalinan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin itu mengakui senang dengan keperibadian masing-masing apatah lagi suami Dahlia sendiri yang disifatkannya sebagai seorang yang begitu penyabar.

“Dalam keluarga, saya merupakan anak yang paling rapat dengan Ibu. Jadi sebelum ini, saya akui yang Ibu agak sukar untuk menerima hakikat yang saya bakal mendirikan rumah tangga. Bila kami cakap nak kahwin, Ibu setuju dan ada ketikanya macam tidak setuju pula. Saya faham akan situasinya yang akan rasa sedih kerana saya tiada lagi di sisinya selepas bergelar isteri. Jadi pada fasa tersebut, Shafiq cukup sabar dalam menangani situasi berkenaan dan setia menunggu hingga semuanya okay.  Jadi dari situ saya nampak kesungguhannya.

“Kami berkenalan menerusi Instagram dan pada awalnya saya yang ‘likes’ gambar dia dulu dan selepas itu kami mulai saling berbalas komen dan Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri, terang Dahlia yang cantik dalam persalinan nikah hasil rekaan pereka Hatta Dolmat. Pada masa sama, pasangan ini turut merakamkan rasa terharu atas kesudian penaja yang sudi menaja majlis pernikahan dan resepsi mereka pada penghujung bulan ini di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.
Powered by Blogger.