F Cuba Pujuk Suami Pakai Sedondon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cuba Pujuk Suami Pakai Sedondon

Tahun pertama bakal menyambut hari raya Aidilfitri sebagai isteri, penyanyi Marsha Milan berkata, dia teringin mengayakan baju raya warna sedondon dengan suami.

Bagaimanapun, menurut Marsha, suaminya seperti tidak berminat untuk memenuhi keinginannya itu.

"Tahun pertama raya bersama, saya rancang nak pakai baju warna sedondon dengan suami, tapi dia macam tak mahu pula. Sekarang ni saya masih lagi sedang memujuk.

"Buat masa ini saya tak fikir lagi nak pakai warna apa, yang penting saya nak pujuk dia dulu. Tapi sebenarnya saya dan suami sambut raya secara sederhana, kami pakai baju yang sudah tersedia ada kerana masih elok lagi," katanya ketika ditemui pada rakaman majlis Melodi Raya 2016 lalu.

Marsha selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember tahun lalu.

Beraya bersama keluarga mertua, Marsha berkata suaminya beruntung kerana setia kali Aidilfitri, destinasi kepulangan mereka tentulah di Pulau Pinang sementara giliran pulang ke rumah keluarganya pula apabila tiba sambutan Krismas.

"A'ah senang, kami tak perlu berebut atau gaduh nak balik raya kampung siapa dulu sebab memang raya balik ke pulau pinang dan raya Krismas nanti baru balik ke kampung saya pula, di Sabah

"Kalau dari segi kuih raya untuk hidangan di rumah saya, kebetulan mak saya buat kek dan biskut jadi saya tempah saja daripada dia. ," katanya.
Powered by Blogger.