F Cium payudara patung: Pegawai berdepan tindakan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cium payudara patung: Pegawai berdepan tindakan

Seorang pegawai jabatan tanah bakal dikenakan tindakan selepas didapati mencium patung wanita di sebuah kawasan pelancongan di Da Lat, dekat sini.

Gambar pegawai terbabit, Phan Tuan Anh yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu telah dimuat naikkan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Ha Tinh, Tran Le ke dalam akaun Facebooknya.

Melalui gambar tersebut, kelihatan dua lelaki berdiri berhampiran patung batu berkenaan dengan salah seorang daripadanya sedang mencium bahagian dada patung wanita itu.

Selepas disiasat, lelaki terlibat akhirnya disahkan sebagai Tuan Anh, seorang pegawai muda daripada Jabatan Tanah Vu Quang, bahagian utara Ha Tinh.

Kerajaan Tempatan Ha Tinh telah mengesahkan menerima laporan tersebut dan dipercayai akan mengenakan tindakan terhadap pegawai tersebut.

Difahamkan, Tuan Anh bersama beberapa pegawai daripada jabatannya ketika itu sedang bercuti ke kawasan peranginan Da Lat dan kawasan puncak pergunungan Lang Biang.

Mengikut sejarah, nama Gunung Lang Biang adalah singkatan bagi sepasang kekasih yang dikenakan hukuman mati di situ setelah percintaan mereka dibantah oleh pihak keluarga.

Patung lelaki dan wanita itu pula diukir dan didirikan di kawasan pergunungan popular di situ bagi memperingati kesetiaan cinta mereka berdua.
Powered by Blogger.