F Chris Martin dan Gwyneth Paltrow Kini Rasmi Bercerai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Chris Martin dan Gwyneth Paltrow Kini Rasmi Bercerai

Selepas memutuskan untuk mengakhiri ikatan mereka sebagai suami isteri pada 2014 lalu, pasangan Chris Martin dan Gwyneth Paltrow dilaporkan akhirnya rasmi bercerai.

Memetik laporan E! Online, Mahkamah Los Angeles telah meluluskan permohonan kedua-dua selebriti ini untuk bercerai pada 14 Julai lalu. Berdasarkan dokumen perceraian tertulis sejak Mei lalu, kedua-duanya sudah sepakat dalam soal pembahagian harta.

Chris dan Gwyneth setuju untuk tidak merebut soal hak penjagaan kedua-dua anak mereka iaitu, Apple dan Moses. Bagaimanapun, giliran pertemuan dengan anak hinggalah soal nafkah akan dibincangkan secara pribadi.

Sejak memutuskan untuk berpisah, Chris dan Gwyneth memang sepakat untuk menjaga kedua anak mereka bersama-sama. Bahkan, keduanya kerap mengajak Apple dan Moses untuk bercuti bersama.

Gwyneth Paltrow dan Chris Martin mendirikan rumah tangga pada 2003 sebelum memutuskan untuk berpisah selepas 11 tahun menjalani hidup bersama.

Saat ini, bintang 'Emma' ini sedang menjalin hubungan cinta dengan sutradara Brad Falchuk. Sementara Chris yang juga merupakan vokalis kumpulan Coldplay ini dikhabarkan kini intim dengan pelakon Annabelle Wallis.
Powered by Blogger.