F Chris Brown Rampas Telefon Peminat Dalam Kelab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Chris Brown Rampas Telefon Peminat Dalam Kelab

PENYANYI Chris Brown bertindak merampas telefon seorang peminat ketika wanita berkenaan sedang merakamkan aksinya ketika mengunjungi sebuah kelab di Itali baru-baru ini.

TMZ melaporkan ketika kejadian Chris berada di seksyen khas kelab tersebut untuk berhibur selepas selesai mengadakan konsert di Rome.

Chris berang wanita berkenaan merakam dirinya tanpa kebenaran sebelum bertindak merampas dan membaling telefon tersebut.

Penyanyi yang terkenal dengan sikap panas baran itu juga menghalau wanita berkenaan daripada terus berada di seksyen khas itu.

Bagaimanapun kes itu tidak melibatkan pihak polis kerana wanita berkenaan beredar dari kelab tersebut selepas telefonnya ditemui.

Baru-baru ini, bekas pengurus Chris, memfailkan saman terhadap penyanyi itu mendakwa dia pernah dicederakan.

Malah lelaki itu turut mendakwa kejadian dia ditembak dalam sebuah kelab pada 2014 adalah disebabkan Chris.
Powered by Blogger.