F Che Ta tak perlu berlakon - Zain Saidin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Che Ta tak perlu berlakon - Zain Saidin

Sebut saja Zain Saidin siapa yang tidak kenal, aktor tampan dan sado yang kini semakin aktif dengan cabang bisnes memberitahu, melihat isterinya Rozita Che Wan (Che Ta) yang begitu rancak dalam mengusahakan perniagaannya, Zain merasakan Che Ta sudah tidak perlu berlakon lagi.

Ini kerana bagi Zain, Che Ta sudah mampu mengendalikan perniagaannya dengan baik, malah semakin berkembang maju. Oleh itu Zain berharap agar isterinya dapat fokus dengan bidang bisnes sahaja.

Memang tidak dinafikan Che Ta memang begitu popular, malah apa sahaja yang digayakan oleh Che Ta turut mendapat komen yang memberangsangkan daripada peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Zain yang kini sedang mengusahakan produk kasut jenama sendiri iaitu ZapatoS, jejaka itu akan meluaskan lagi pasarannya dengan rangkaian koleksi kasut wanita pula.

Kakigosip juga difahamkan kini Aaisyah Dhia Rana pun bakal ada koleksi sendiri. Vassnya keluarga pasangan ini.
Powered by Blogger.