F Chaka Khan Ke Pusat Pemulihan Dadah Pada Usia 63 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Chaka Khan Ke Pusat Pemulihan Dadah Pada Usia 63 Tahun

PENYANYI Chaka Khan dilaporkan telah mendaftarkan diri di sebuah pusat pemulihan bagi mengatasi masalah ketagihan dadah dipercayai ubat tahan sakit.

People melaporkan Chaka, 63, secara sukarela menyertai program untuk memulihkan ketagihannya demi memastikan kesihatan dia kembali pulih seperti asal.

"Chaka mahukan bantuan dan enggan lagi bergantung kepada ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor kepadanya.

"Beliau mahu kembali sihat dan menjalani kehidupan normal selain meneruskan karier nyanyiannya," kata jurucakap penyanyi berkenaan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Chaka akan menunda semua aktiviti seninya termasuk persembahan pentas sepanjang bulan Julai bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

Bagaimanapun penyanyi yang pernah memenangi 10 trofi Anugerah Grammy itu dijangka kembali aktif pada Ogos depan.

"Atas nasihat doktor Chaka akan berehat buat seketika daripada kariernya demi memastikan dia benar-benar pulih sebelum kembali menghiburkan peminat," uajrnya.
Powered by Blogger.