F Cadang semua persatuan artis di bawah satu bumbung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cadang semua persatuan artis di bawah satu bumbung

PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) mahu semua persatuan yang menjaga kebajikan artis tempatan diseragamkan di bawah satu badan induk.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata kerja-kerja kebajikan dan menjaga kepentingan golongan itu akan menjadi lebih teratur jika perkara ini dapat dilaksanakan.

"Kini terdapat beberapa persatuan seperti ini antaranya Karyawan, Persatuan Seniman Malaysia dan Yayasan Artis 1Malaysia dan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada para artis tempatan kepada siapa mereka perlu pergi jika memerlukan bantuan," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas melawat pasangan pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar di kediaman mereka di sini hari ini.

Freddie berkata pihaknya sedang melakukan perbincangan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menjayakan perkara itu.
Powered by Blogger.