F Bintang Media Sosial Pakistan Mati Dibunuh Abang Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bintang Media Sosial Pakistan Mati Dibunuh Abang Sendiri

Seorang bintang media sosial Pakistan, Qandeel Baloch yang cukup dikenali dengan komen lantang dan berani, mati dibunuh oleh abangnya sendiri, dalam kejadian pada Ahad lalu.

Polis memberitahu Al-Jazeera semalam, bapa Baloch, Mohammed Azeem sudah memfailkan kes terhadap anak lelakinya Waseem Azeem.

Beliau turut memberi kenyataan mengenai seorang lagi anak lelakinya yang berkhidmat di dalam tentera dan dilaporkan sering menggalakkan adik beradik lain melakukan pembunuhan itu.

Waseem berada di rumah keluarganya itu di Multan ketika Baloch atau nama sebenarnya, Fauzia Azeem ditemui mati.

Jurucakap Polis Punjab, Nabila Ghazzanfar, berkata laporan awal bedah siasat menunjukkan hidung dan mulut mangsa berusia 26 tahun itu ditutup sebelum meninggal dunia.

Ia sekali gus menolak laporan awal mengatakan mangsa dicekik, tambah Ghazzanfar. Kedua-dua suspek menghilangkan diri sejurus berita pembunuhan tersebar.

Tetapi lewat semalam, Waseem ditahan 100 kilometer dari Multan di Dera Ghazi. Waseem mengakui membunuh adiknya demi maruah dan tidak menyesal.
Powered by Blogger.