F Berbeza Agama, Aamir Khan Tak Sunyi Sambut Aidilfitri Tanpa Isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berbeza Agama, Aamir Khan Tak Sunyi Sambut Aidilfitri Tanpa Isteri

Meskipun menyambut hari raya Aidilfitri tanpa isterinya Kiran Rao di sisi namun aktor Bollywood Aamir Khan mengakui beliau tidak berasa kesepian sebaliknya sambutan lebarannya tetap meriah.

Dipetik menerusi Times of India, Kiran dan anak mereka Azad Rao Khan yang beragama Hindu memilih untuk bercuti di sebuah destinasi yang dirahsiakan.

Bagaimanapun menurut bintang filem 3 Idiots itu, dia meraikan kedatangan Syawal bersama sepupunya, Nuzahat dan isteri selain ditemani dua orang anaknya (hasil perkahwinan pertama) Junaid dan Ira Khan di rumah ibunya, di Mumbai.

Tambah Aamir, dia tidak terkilan dengan tindakan isterinya bercuti ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana mereka berbeza fahaman agama.

Sebelum ini Aamir Khan berkahwin pernah berkahwin dengan Reena Dutta pada tahun 1986 dan memiliki dua orang anak Junaid dan Ira sebelum bercerai pada bulan Disember 2002.

Pada tahun 2005, Aamir mendirikan rumahtangga dengan Kiran Rao dan menimang cahaya mata lelaki, Azad Rao Khan.
Powered by Blogger.