F "Benar, rumah kami tiada peti sejuk dan sofa" - Suhaimi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Benar, rumah kami tiada peti sejuk dan sofa" - Suhaimi

Baru-baru ini penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang dikritik ramai melalui satu kiriman surat terbuka daripada peminat ekoran banyak tindakannya bagaikan zuhud seperti tidak memiliki mesin basuh atau peti sejuk tidak dipersetujui ramai.

Malah Suhaimi didakwa tidak menghantar anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan formal selain turut mendidik anak untuk menjalankan aktiviti meminta sedekah.

Tenang berdepan dengan tuduhan tersebut, suami kepada Ina Naim ini berkata sebagai ketua keluarga kepada isteri dan empat anaknya, Ehmad Hadi Elfardie, 8, Sallman Elkhoyri, 6, Phyrosh Elfadwah, 4 dan Nurlayla Elghufrony, 2, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa hanya kerana ingin hidup dalam keadaan yang sederhana.

"Ya, saya sedia maklum tentang surat terbuka itu. Sebagai ketua keluarga, saya berhak untuk menentukan bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama isteri dan anak-anak. Memang rumah saya tiada mesin basuh baju kerana saya memilih untuk menghantar baju-baju kotor ke dobi. Kehidupan kami cukup terisi dengan pelbagai aktiviti. Jadi, tidak salah untuk kami menggunakan teknologi yang lebih pantas.

"Benar, rumah kami tiada peti sejuk dan sofa. Kami sekeluarga memang tidak amalkan makan ais kerana tidak baik untuk kesihatan. Tiada sofa pula kerana bagi saya itu bukan satu keperluan. Terpulang kepada masing-masing, tetapi saya memilih untuk menjalani hidup sebegini.

"Kepada orang yang ‘prihatin’ tentang cara kami menjalani kehidupan, saya berterima kasih. Walaupun ia tuduhan yang tidak berasas, saya maafkan. Mungkin kehidupan saya tidak akan pernah sempurna tetapi akan terus memperbaikinya ke jalan yang diredai Allah," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Sementara mengulas mengenai dakwaan menggunakan anak-anaknya untuk tujuan meminta sedekah, Suhaimi berkata,dia bukan menggunakan sebaliknya mendidik anak-anak untuk bergaul dengan masyarakat supaya mereka dapat membantu insan yang memerlukan.

"Ramadan lalu, dua anak saya, Ehmad dan Sallman terlibat dengan aktiviti mengutip derma untuk satu badan bukan kerajaan (NGO) negeri Sabah. Saya masih waras dan tidak akan memaksa anak-anak pergi minta sedekah. Saya mendidik mereka untuk menjadi muslim yang lebih bertanggungjawab apabila dewasa nanti," katanya.
Powered by Blogger.