F Belum Sedia Ada Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Belum Sedia Ada Anak

Biarpun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pengacara dan pelakon Azura Zainal mengakui masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.

Memetik laporan mStar online, Azura, 35, mengakui masih belum puas untuk melakukan aktiviti lasak dan meneruskan kerjayanya sebagai pengacara program travelog.

"Saya belum bersedia untuk ada anak lagi kerana saya sayangkan kerjaya dan suka dengan aktiviti lasak. Jika sudah ada anak saya perlu bahagikan perhatian saya kepada anak-anak pula.

"Sekarang belum puas lagi, banyak benda yang saya rasa belum lakukan lagi. Insya-Allah saya bagi tempoh setahun sahaja lagi lepas itu baru saya fikir tentang anak," ujarnya.

Tambahnya, dia bersyukur keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah memberikan tekanan kepadanya supaya mendapatkan anak dengan segera.

Azura berkahwin dengan lelaki berasal dari Brazil Cristiano Genuino Da Silva pada 28 Disember 2013.

Perkembangan lain, Azura bakal muncul menerusi filem Temuan Takdir yang akan ditayangkan mulai 11 Ogos depan.
Powered by Blogger.