F Belum ada yang mahu melamar Sari Yanti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Belum ada yang mahu melamar Sari Yanti

Ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini iaitu pelakon Sari Yanti memberitahu, buat masa ini dia belum lagi bertemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.  Ketika ini Sari Yanti lebih selesa untuk menghabiskan masanya bersama anak-anak.

Sikap aktres yang sopan dan santun itu pastinya ramai lelaki akan terpikat, bagaimanapun Sari Yanti atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, berkata, masih belum ada yang serius terhadapnya.

“Didekati dengan tujuan tertentu tidak ada, setakat ini tidak ada pula yang mahu mencuba sampai melamar untuk berkahwin. Tetapi usik-sik manja itu adalah dan saya tidak menganggap itu sebagai perkara yang serius pun kerana ia hanya gurauan.

“Saya pun kadang-kadang balas juga gurauan mereka sebab kami memang kenal antara satu sama lain. Kalau saya tak balas nanti saya dikatakan sombong pula,” ujar Sari Yanti sambil tersenyum.

Beralih cerita mengenai karier lakonannya pula, Sari Yanti kini terlibat dalam satu teater muzikal Lela Manja di Lambang Sari, Istana Budaya. Bagi empunya diri, kesudian menerima tawaran untuk berlakon pentas itu adalah kerana minat dan mahu belajar dengan sesuatu yang baru.

“Saya bersetuju untuk menerima tawaran ini kerana minat pada cerita-cerita bangsawan, jadi secara tidak langsung saya terima sebagai satu langkah baru untuk belajar. Pun begitu, berlakon di pentas teater bukanlah kali pertama buat saya, sebelum ini pernah juga terlibat namun di pentas kecil sahaja.

“Dalam teater ini saya memegang watak sebagai Lela dewasa dan karakter saya seorang yang lemah lembut tetapi tegas. Perasaan gemuruh sudah tentu ada namun saya kenalah buat yang terbaik,” ujarnya.
Powered by Blogger.