F Bekas Abang Ipar Dedah Awie Usahakan Kelab Malam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas Abang Ipar Dedah Awie Usahakan Kelab Malam

Bekas abang ipar kepada penyanyi rock kumpulan Wings, Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak yang disifatkan hasil yang tidak baik untuk diberi makan kepada keluarga.

Othman Misbun, 41, yang merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berkata, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira empat tahun lalu.

"Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut.

"Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) kekal.
Powered by Blogger.