F Beg disangka dicuri , Ayda Jebat cemas! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Beg disangka dicuri , Ayda Jebat cemas!

Kakigosip difahamkan pelakon dan penyanyi iaitu Ayda Jebat kini sedang berada di Jakarta, Indonesia, bagi mengikuti sidang media Anugerah Planet Muzik 2016(APM) di sana.

Pihak pengurusan Ayda ada berkongsi di akaun Instagramnya bahawa aktres genit itu dalam keadaan kebimbangan sebab setibanya di lapangan terbang antarabangsa Jakarta, Ayda masih belum menerima beg berjenamanya itu.

Bagaimanapun, menurut pihak pengurusan (Melaka Boy), beg itu kemudiannya sudah dijumpai setelah mereka mengadukan hal tersebut kepada pihak penerbangan terbabit.

"Pada awalnya Ayda menyangkakan beg Louis Vuittion (LV) miliknya hilang atau mungkin telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun begitu, beg kepunyaannya sudah dijumpai semula pada tengah malam.

"Dalam tempoh menunggu dan mencari beg Ayda, dia kelihatan sangat gelisah dan risau sangat sebab ingat sudah dicuri, nasib baik bukan. Bila sudah dapat Ayda sangat lega dan gembira.

"Dalam beg itu ada barang berharga dan beberapa prop shooting," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan lain, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 24, baru sahaja habis rakaman lagu Pencuri Hati versi dangdut dan akan diperdengarkan tidak lama lagi.

Selepas sidang media APM 2016, pelantun lagu Siapa Diriku itu akan menjalani penggambaran selama 14 hari di New Zealand untuk filem Pinjamkan Hatiku.
Powered by Blogger.