F Ban Seo Jin Sangkal Dalang Kes Serangan Seksual Lee Jin Wook | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ban Seo Jin Sangkal Dalang Kes Serangan Seksual Lee Jin Wook

PENGACARA dan model Ban Seo Jin menyangkal dakwaan kononnya dia adalah wanita yang membuat laporan terhadap pelakon Lee Jin Wook berhubung kes serangan seksual baru-baru ini.

Soompi melaporkan dia berasa pelik dengan gosip berkenaan kerana tidak pernah mengenali lelaki itu apatah lagi bertemu dengannya.

"Saya tidak mengenali Lee Jin Wook malah kami tidak pernah bertemu.

"Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh dikaitkan sebagai 'A' yang membuat laporan berhubung kes itu," katanya.

Tambah Seo Jin lagi, akibat perkara itu, dia terpaksa menanggung malu apabila ramai memandangnya dengan pandangan jelik.

Atas dasar itu juga kata Seo Jin, dia tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dibuat terhadapnya.

"Ia memalukan dan sekaligus memberi kesan buruk kepada nama saya meskipun tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya juga tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah bagi memberishkan nama saya," katanya.
Powered by Blogger.