F Azwan sedia terima kejutan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azwan sedia terima kejutan

Tinggal  beberapa hari saja lagi untuk pelakon tampan iaitu Azwan Kombos  menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan hati, pelakon Ezzaty Abdullah bertempat di Bentong Pahang, Sabtu ini.
Diajukan persoalan mengenai perasaan Azwan bakal bergelar suami kepada pelakon wanita itu, pelakon itu memberitahu dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
"Perasaan ingin menjadi suami orang ni agak sukar untuk dikatakan sebab tak tahu lagi macam mana rasanya. Tapi saya sudah bersedia untuk sebarang kejutan selepas perkahwinan nanti. Cuma sekarang lebih kepada mengetahui tentang alam perkahwinan melalui pengalaman orang lain dan apa yang saya baca sahaja.
"Untuk atau tidak takut untuk pikul tanggungjawab tu bukan persoalannya sebab setiap orang akan melalui fasa perkahwinan bersama tanggungjawab juga. Mesti ada beban di masa akan datang. Tapi kita kena percaya bahawa, perkahwinan itu adalah satu anugerah. Dan tanggungjawab yang dipikul bukannya satu beban," terang Azwan teruja.
Menyentuh mengenai persiapan pernikahan pula, Azwan turut berkata segalanya hampir selesai.
  
"Setakat ini ada berbaki dua hari lagi sebelelum akad nikah. Jadi dalam masa dua hari ini ingin melunaskan sedikit perkara lagi yang belum selesai berkenaan majlis perkahwinan tersebut. Boleh dikatakan hampir 98% dah selesai," katanya yang baru sahaja pulang beraya di Kota Belud, Sabah.
Berkongsi sedikit mengenai sambutan rayanya di kediaman kampung halaman Azwan, dia begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarganya. Tambah meriah lagi apabila pelakon itu turut menerima kunjungan ramai daripada peminatnya, di sana.
"Beraya di Sabah memang seronok. Beraya bersama Ibu di kampung dan juga sanak saudara. Ini sahajalah masa untuk berjumpa mereka dan bertukar-tukar cerita. Ramai yang datang ke rumah untuk bertemu dengan saya, sampai tak sempat nak hidang juadah kerana terlau ramai. Tapi mereka yang datang memahami situasi saya, dan lebih untuk bertegur sapa dan selfie. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke kediaman saya di Kota Belud, Sabah," tambahnya lagi.
Powered by Blogger.