F Azwan, Ezzaty Elak Berjumpa Selama 30 Hari | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azwan, Ezzaty Elak Berjumpa Selama 30 Hari

Pasangan selebriti Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos mengambil pendekatan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain selama sebulan.



Memetik laporan BH online, Ezzaty berkata, ibu dan neneknya banyak memberikan nasihat bagaimana untuk mengekalkan perkahwinan yang baik.

“Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, dalam masa terbabit macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang mungkin boleh terjadi”

“Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik,” katanya.

Ezzaty dan Azwan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal nanti di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang. Acara akad nikah akan berlangsung disebelah pagi dan diikuti dengan majlis persandingan.

Sementara itu keesokan harinya, akan diadakan pula majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka di Kuala Lumpur.

Powered by Blogger.