F Azlan & The Typewriter bakal timang anak ke - 3 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azlan & The Typewriter bakal timang anak ke - 3

Kakigosip difahamkan penyanyi Azlan & The Typewriter tidak lama lagi bakal menimang cahata mata yang ketiga. Justeru itu, Azlan berkongsi, isterinya dijangka bakal melahirkan permata hati yang ketiga tidak lama lagi.

Terdahulu pasangan itu dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki bernama Laura Lutfea, 5 tahun dan Larry Lutfi, 2 tahun.

"Isteri dijangka akan melahirkan anak ketiga dalam masa tiga atau empat bulan lagi. Pun begitu, saya merasakan satu perasaan yang lain pula pada kali ini. Ini kerana, saya merasakan tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarga saya akan jadi lebih besar.

"Setiap ibu dan bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, saya tidak menghalang andai anak saya apabila dewasa nanti memilih karier yang sama macam saya.

"Akan tetapi saya mahu anak-anak saya memberikan 'certificate' terlebih dulu sebagai passport untuk dia berkecimpung dalam dunia hiburan. Cukuplah saya sahaja yang rock," ujarnya ketika sesi photoshoot bersama Media Hiburan, semalam.

Untuk rekod, pasangan Azlan dan isteri, Normala Hassan selamat disatukan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.
Powered by Blogger.