F Ayda Jebat senang dengan kehadiran aktres baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ayda Jebat senang dengan kehadiran aktres baru

Kakigosip sempat menemubual pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini kian meletup dengan single keduanya, Pencuri Hati yang kini sudah pun mempunyai muzik videonya sendiri di laman YouTube.


Selain bercerita mengenai keterujaannya terhadap sambutan yang luar biasa terhadap muzik video berkenaan, Kakigosip juga turut bertanya Ayda apakah reaksinya apabila kini semakin ramai muka baru yang mulai menghiasi drama-drama di kaca TV lokal.


“Its good! Sebab ramai yang boleh berlakon dan ada rupa. Attitude pun bagus. Kena ada lagi pelakon pelapis yang macam ni. Cuma bagi saya, kita yang terlebih dahulu menjadi pelakon ni perlulah bersaing secara sihat, usah gaduh-gaduh. Kalau ada masalah boleh dibawa berbincang.

"Dan saya jujurnya gembira sebab kita sudah kian nampak bahawa industri lakonan kita semakin berkembang,”jelas Ayda yang bakal ke Auckland tidak lama lagi untuk penggambaran filem di sana.
Powered by Blogger.